Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Ppr Batu Gong

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 OGOS 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan program Hari Bersama Komuniti. Program ini dijadual bermula pada pukul 8.00 Pagi sehingga 2.00 Petang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya ialah pertandingan mewarna secara digital untuk kategori peserta di sekolah tadika, pertandingan Climbing-2 untuk kategori sekolah rendah manakala untuk kategori sekolah menengah pula, pertandingan typing hero diadakan. Untuk kategori dewasa, KDB Puzzle dan Typing hero dipertaruhkan untuk merebut peluang memenangi hadiah menarik. Turut serta adalah ketua JKKK PPR Batu Gong iaitu En. Christopher Alexis yang merupakan tetamu jemputan pada hari berkenaan.

Untuk kategori terbuka pertandingan KDB Explorace dibuat untuk memupuk nilai kerjasama dalam pasukan. Selain dari pertandingan, pihak penganjur juga menyediakan inisiatif untuk peserta dan hadirin mengitar semula sisa elektronik mereka melalui program E-Waste bagi menyelamatkan bumi daripada terus tercemar. Dianggarkan seramai 85 orang hadirin telah berjaya memeriahkan pogram pada kali ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan hadirin dengan komputer dan komponennya sekaligus permainan yang berasaskan ICT mampu menarik minat semua lapisan umur untuk mempelajari dan menguasai ICT.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama komuniti serta pekerja di Pusat Internet
• Pendaftaran ahli baru bagi yang belum menjadi ahli Pusat Internet secara percuma
• Pendedahan kepada ICT terutamanya penggunaan komponen komputer seperti tetikus dan papan kekunci dalam melakukan aktiviti berasaskan ICT
• Peserta mengetahui kaedah pembelajaran ICT dengan cara yang kreatif dan menarik minat golongan belia

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pendaftaran peserta, pertandingan dan E-sisa
• Ceramah pengenalan kepada Pusat Internet dan KDB
• Pertandingan berasaskan ICT
• Majlis penyampaian hadiah dan makan tengah hari bersama


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali